Bismillaahi ar-Rahmaan ar-Raheem. Al-Hamdu lillaah, wa as-Salaatu wa as-Salaamu 'ala Rasoolillaah, wa ba'd.
Bismillaahi ar-Rahmaan ar-Raheem.
Al-Hamdu lillaah, wa as-Salaatu wa as-Salaamu 'ala Rasoolillaah, wa ba'd.

semoga hari ini lebih baik dari semalam..

seperti hadis oleh Manusia Agung, Rasulullah SAW,
Seseorang yang hari ini LEBIH BAIK dari hari semalam, ialah orang BERJAYA;
Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ialah orang yang SIA-SIA;
Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ialah orang yang CELAKA.
Mudah-mudahan kita semua dalam kalangan golongan yang pertama itu.

'Hendaklah ibubapa mendidik anak berlainan dengan cara mereka dididik sebab Allah melahirkan anak itu berlainan zaman daripada ibubapa'
- Saidina Umar Al-Khatab


'9/10 punca rezeki itu dari PERNIAGAAN'- Manusia Agung,Rasullullah S.A.W

Kami menawarkan PELUANG bagaimana TREND PENDIDIKAN terkini merupakan POTENSI PERNIAGAAN yang HEBAT!


SEKILAS LALU SCORE A - i TEACHER PROGRAMME



Segera sertai kami sebagai USAHAWAN e-PENDIDIKAN SCORE A PROGRAMME bersama Akademi Edata Network untuk PENGAMBILAN SESSI 2012 KINI DIBUKA untuk sesiapa yang mempunyai keinginan untuk BERUBAH!




PENAFIAN
. Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan syarikat penyedia produk atau laman web produk yang diiklankan samada web Kenshido (www.kenshido.com) atau laman web Score A (www.scorea.com) dan juga web rasmi Edata Network Sdn Bhd (http://www.myedatanetwork.com.my)



Tuesday, December 27, 2011

MOHON SUMBANGAN PROJEK HOPE 2 WALK ANNUR & ANNISA

Buat rakan-rakan usahawan program score a
Malah juga pengunjung blog ini
Pohon sumbangan ikhlas kalian
Menjayakan program Hope2Walk

Hayati lagu ini
Hayati video ini
Telah dinyatakan
Nombor akaun untuk didermakan
Talian telefon untuk pertanyaan

Ayuh mari kita menyumbang sedikit sebanyak 
Hasil keringat 2011 kita
Untuk membantu keluarga ini
InsyaAllah kalian akan diberkati.





Sunday, December 25, 2011

PUISI UNTUK WIRAWAN SCORE A


Siapa yang peduli,
Sesaknya dadamu,
Berfikir bilakah wang akan terkumpul,
Untuk dikirim buat isteri sekeluarga

Siapa peduli,
Dengan keluhmu,
Bagaimana caranya agar bisnesmu diperhebatkan,
Hingga lebih meletup letup

Siapa peduli,
Dengan keresahanmu,
Bila penolakan penuh dengan seribu alasan,
Tiba di hadapanmu

Sahabat,
Usah berputus asa,
Tiada asa yang tak terjawab,
Hidupmu kan baik adanya,
Bila bara keberanian dalam dirimu,
Kau nyalakan lagi

Keluargamu akan bergembira,
Bila kau sedar,
Bahawa dirimu tidak lagi bermajikan,
Bergembiralah sebuah jiwa yang merdeka dan bermartabat

Berjuanglah sahabat,
Buka mata,buka hatimu,
Bersama kita meniti hidup wirawan Score A,

Kelak kau tidak akan terlupa lagi,
Kelak kau akan jadi 'raja' di lubuk emas ini..

25 Dec 2011


2012 MILIK KITA MENUJU PUNCAK

Saturday, December 17, 2011

BILAKAH PENGGIAT FILEM MAHU BIKIN CERITA BERTEMAKAN NETWORK MARKETING?



Tsunami 'Ombak Rindu' yang melanda baru-baru ini telah memberi impak terbaru kepada penggemar-penggemar filem Buatan Malaysia.Ternyata tindakan berani syarikat dan produser penebitan berjaya setelah peminat filem terlalu lama disajikan dengan cerita berkisahkan hantu.Cuma baru-baru ini genre bertukar ke arah tema pergaduhan,aksi komedi serta gangster.Kisah 'Ombak Rindu',sebuah filem yang diangkat dari sebuah novel ke layar perak hasil tulisan Fuziah Ashaari dan diterbitkan oleh Alaf 21 Publishing.

Pernahkah terfikir,jika suatu hari nanti akan ada filem bertemakan Multi Level Marketing (MLM)?Di Indonesia sebuah filem yang bertajuk 'Menebus Impian' telah pun menemui penonton pada 15 April 2010 yang lalu.Cuba baca laporan ini:

Menebus Impian merupakan sebuah Film yang disutradari oleh Hanung Bramantyo. Film indonesia sungguh beragam macam genre nya, dalam Film Menebus Impian ini ber_genre DramaFilm Menebus Impian juga sangat unik dalam pembahasan serta temanya. Tema dalam film Menebus Impian ini yaitu tema “MLM ( Multi Level Marketing )“. Nah unik bukan tema film menebus impian ini? Film ini juga di perankan oleh aktor – aktor Indonesia yang sudah profesional dan sudah sering namanya kita dengarkan di program – program televisi Indonesia, yaitu Acha Septriasa, Fedi Nuril, Ayu Dyah Pasha, H. Djaja Mihardja, Cici Tegal, Haykal Kamil, Joshua Suherman.
Berikut sedikit sinopsis mengenai film Menebus Impian ini:
Film “Menebus Impian” menceritakan perjuangan hidup keras seorang mahasiswi, Nur (Acha Septriasa) yang hidup bersama Sekar (Ayu Dyah Pasha) sang ibu yang bekerja sebagai buruh cuci. Dalam perjuangannya mencari penghidupan yang lebih baik, Nur hampir menyerah dan mengubur impiannya, hingga dia bertemu Dian (Fedi Nuril). Bersama Dian, Nur akhirnya berani untuk bangkit dan menebus Impiannya kembali.
Inilah film bertemakan bisnis MLM (Multi Level Marketing) yang dilayar-lebarkan khusus untuk pencinta film Indonesia. Baru kali ini MLM menjadi tema utama sebuah film dengan sutradara yang jam terbangnya sudah diakui banyak pihak, Hanung Bramantyo. Bagi Hanung komunitas MLM memiliki potensi sangat besar menjadi pasar film Indonesia.


Hanung Bramantyo berkata “Tigapuluh persen masyarakat di Indonesia terlibat MLM. Artinya, mereka memiliki keterlibatan secara emosional bagaimana dirinya melakukan bisnis dengan cara ‘membelah’ diri dengan multilevel,” cetus Hanung.
ang sutradara yang membesut film ini bercerita, cukup banyak kendala yang dihadapi saat menggarap film ini. Hal ini terkait pandangan miring masyarakat terhadap bisnis yang mengandalkan kepiawaian berbicara ini.
Kendala pertama yang ditemui Hanung adalah kesukaran mencari penulis yang mampu dan mau menggarap skenarionya. Sekian penulis skenario yang ditawari menggarap naskah film ini menolak lantaran tak sanggup, sebelum akhirnya Titin Watimena berhasil menulis naskah skenarionya.
Tentu, sebelum menggarap film ini Hanung melakukan survey sedetil-detilnya perihal bisnis mlm ini. Salah satu cara yang ditempuh Hanung adalah mewawancarai orang berkecimpung di dalam bisnis MLM.Beberapa kendala lain di hadapi tapi Hanung dan maju terus dan tetap optimis menanti sambutan masyarakat pencinta film Indonesia terhadap film ini yang bakal diputar serentak mulai 15 April 2010.

Disunting petikan artikel:http://www.newoes.com/menebus-impian-film-bertema-mlm-by-hanung/


Penaja artikel diatas


Tuesday, December 13, 2011

RM7 SEHARI BERSAMA 7 ORANG TERSAYANG SELAMA 7 BULAN...DISPLIN DIRI UNTUK MENUNAIKAN UMRAH



Majoriti daripada kita apabila menatap gambar Kaabah,tersentuh hati untuk berada benar-benar di hadapannya.Kedudukan geografi Malaysia yang jauh dari Kota Suci Mekah benar-benar menduga kita untuk sampai ke situ.Sebagai seorang Muslim sudah pasti dalam keseluruhan hidup di dunia mahu menjejakkan kaki walaupun peluang itu hanya sekali.Tetapi bagaimanakah IMPIAN ini boleh direalisasikan?


Jika seorang jemaah yang ingin menunaikan UMRAH pada ketika dan waaktu ini memerlukan sekurang-kurangnya kos RM6,500 seperti kebanyakkan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat serta agensi berdaftar.Mampukah kita dengan harga sedemikian,memungkinkan matlamat serta impian ini tercapai?


Kita sering mendengar kisah Tabung Haji yang berjaya menghantar ribuan rakyat Malaysia menunaikan Haji hasil daripada strategi berilmiah pemimpin kita yang mewujudkan sebuah tabung untuk orang Islam di Malaysia bagi menunaikan tanggungjawab rukun Islam yang kelima.Kenapa tidak ada mana-mana individu/syarikat/koperasi/agensi juga mewujudkan Tabung Umrah?

Seakan terpanggil,saya telah bertemu dengan satu Program Tabung Umrah yang diusahakan oleh kerjasama Koperasi Agro Kedah Berhad.Melalui program ini,kita mampu menunaikan umrah dengan kadar MURAH iaitu hanya RM1,400 sahaja.Maklumat lanjut program ini anda bolehlah melayari link di bawah serta membuat pendaftaran untuk tabungan dari serendah RM10 sahaja.


Thursday, December 8, 2011

SANTAPAN JUMAAT: KONTRAK HIDUP

Dalam kehidupan ini, kita sering mengadakan kontrak, bermain dengan kontrak, atau kadang-kadang kita nakal sehingga kita lari daripada kontrak kehidupan. Justeru, mungkin pelbagai tindakan dikenakan kepada kita kerana gagalnya kita mematuhi kontrak yang seharusnya dilaksanakan. 
Namun, sama ada kita sedar ataupun tidak, kita telah pun mengadakan satu kontrak yang lebih agung dengan Allah yang menciptakan kita sewaktu di alam roh dahulu. Kontrak yang dinamakan sebagai Kontrak Hidup ini mengikat janji kita, bukan sahaja untuk mengiktiraf Allah sebagai Tuhan, bahkan juga untuk mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Seringkali kita lupa dan lalai dengan perjanjian ini. Seringkali kita melanggar kontrak ini, lantas menjadikan kita hamba yang menzalimi diri sendiri. Berapa banyak janji kepada Allah yang telah kita ingkar? Berapa kerap janji yang telah kita langgar? Berapa sering kita abai dan remehkan janji ini?
Ya Allah, ampuni kami Ya Allah. Kami telah menzalimi diri kami selama ini. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dan tenggelam dengan dosa-dosa kami. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi hamba-hambaMu yang taat, yang benar-benar Engkau redhai. 
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebelum kontrak ini tamat tempohnya, berilah kepada kami kesempatan mengumpul bekalan secukupnya untuk dibawa apabila berhadapan denganMu di akhirat nanti. Dan dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, akhirilah kontrak kami ini dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin.







TUNGGU SAMBUNGANNYA NANTI ATAU ANDA BOLEHLAH MELAYARI YOUTUBE UNTUK MENONTON KESUDAHANNYA!

Monday, November 28, 2011

KENAPA PERLU MULAKAN PERNIAGAAN DARI USIA YANG MUDA?

Kemajuan teknologi serta peluang masa kini tidak lagi membataskan penglibatan seseorang berdasarkan umur.Jika dulu kita sering sinonim dengan kata-kata 'budak lagi','alah..masih muda' atau pun 'budak-budak apa yang tau?makan garam pun belum cukup'.Kini semua kata-kata itu tidak menjadi halangan lagi dengan perubahan corak atau gaya perniagaan sekarang bersandarkan teknologi internet.Ternyata kuasa internet mampu mejadikan sesuatu perniagaan itu lebih mudah serta mengurangkan kos operasi sesuatu perniagaan.

Kini generasi muda tidak perlu bertangguh lagi untuk memulakan sesuatu perniagaan.Memang suatu kelebihan jika mula berniaga dari awal. Usahawan akan gagal dan bangkit semula. Proses ini berulang-ulang. Bermula awal bermakna usahawan mempunyai masa untuk bangkit semula ketika masih muda.
Proses yang dipanggil ‘cuba-gagal-cuba-jaya’ ini sebenarnya yang menjadikan bisnes berjaya. Setiap kali gagal ada elemen yang kita pelajari. Terdapat sekurang-kurangnya 5 perkara yang kita pelajari apabila kegagalan berlaku iaitu ilmu meningkat, pengalaman bertambah, modal terkumpul, jaringan kenalan bertambah luas dan minat semakin mendalam.Boleh simpulkan, memulakan perniagaan ketika usia muda memang lebih banyak kelebihan.  Bermula awal bererti kita menjadi lebih bertanggungjawab (secara lebih luar biasa) dan kematangan terbina. Minda terasah menjadi lebih tajam.
Mari kita melihat contoh beberapa anak muda Malaysia yang kita mula membina kareer 'personal business' mereka dari seawal usia belasan tahun.Contoh pertama ialah pemain bolasepak skuad Olimpik bawah 23 tahun Malaysia,adik Nik Nazmi Faiz Mansor yang mempunya bakat luar biasa dan mula menonjol dari usia yang muda.



Begitu juga dengan penyanyi berbakat besar mampu mencipta lagu sendiri walaupun baru berumur 16 tahun.Siapa lagi kalau bukan Siti Najwa Latif.

Sunday, November 27, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH - SEMINAR BIJAK BELAJAR

Sempena cuti persekolahan yang akan datang,tentunya masa anak-anak anda akan terluang.Adakah anda mahu biarkan masa anak anda berlalu begitu sahaja tanpa pengisian yang bermanafaat.Pihak Edata Network akan menganjurkan SEMINAR BIJAK BELAJAR - Motivasi dan Strategi Belajar Untuk Hebatkan Prestasi Akademik. Maklumat lanjut sila lihat poster (klik untuk besarkan) di bawah ni atau hubungi atau SMS 017 648 7080.



Seminar ini akan dipimpin oleh seorang Pakar Strategi dan Motivasi Belajar, Dr Shukri Abdullah. Siapakah beliau? Sila layan video di bawah ni...

Monday, November 21, 2011

.: Bisness Score A ni macam main bola je....

Tahniah kepada team bolasepak Harimau Muda yang memenangi pingat emas Sukan Sea 2011 sebentar tadi mengalahkan tuan rumah,Garuda Indonesia.Walaupun bukanlah sebuah piala tetapi pingat emas bola sepak ini umpama ibu kepada segala pingat yang dipertandingkan.Tambahan ia melibatkan seteru sejiran iaitu Malaysia dan Indonesia ibarat Argentina dan Brazil!

Program KEUSAHAWANAN Score A ini memerlukan CUMA 4 orang rakan kongsi yang POSITIF SEUMUR HIDUP di dalam group jadi kita dapat merancang bersama-sama untuk memajukan perniagaan kita. Bagaimana nak dapatkan 4 orang rakan kongsi tu?


Ok, caranya mudah sahaja. Bayangkan kita nak main bola. Kita nak sertai pertandingan. Sekarang ni hanya kita seorang sahaja. Kita pun mengajak orang lain join.Kalau dah dapat yang terer main tu, okla. Namun, kalau dapat yang tak berapa pandai tu. Maknanya, kita kena buat training sebelum pertandingan. Kita kena ada inisiatif sebagai ketua pasukan.

Setelah semua dah pandai main bola. Kita pun berkemungkinan menjuarai pertandingan itu. Itulah konsepnya. Percayalah, program KEUSAHAWANAN ini biz paling mudah yang saya jalankan.
Untuk ketahui bagaimana CARA dan TEKNIK mendapatkan pemain bola tersebut SMS/hubungi 019 6151 167...Addiioosss!

Thursday, November 10, 2011

PASSION AND DETERMINATION WILL LEAD TO SUCCESS IN SCORE A BUSINESS

Some people see the successful people as they see them when they already achieve the glory. And then they said to themselves and their friends “ala … boleh la dia ada kabel kuat” or “ala dia tu start awal. Masa tu tak de competitor lagi” or “dia tu anak orang kaya”  dan sebagainya.

These are the example of excuses just to calm down hati mereka. And because of that, they will never try anything new. When they want to try something new, they said “orang tak tau lagi la benda ni, macamana nak buat bisnes, macamana nak jual” So the cycle repeats. Bila benda baru mereka kata susah nak jual, bila benda dah berjalan pun mereka kata tak boleh jual sebab competior ramai sangat la pulok”

Kesudahannya, mereka will never start. So no 1, you must make a decision to start your business. Many people has started the business but majority (more than 90%) fail in the first year. Why? Because of no passion, no love and no determination.
If you have the determination, you will carry on whether rain or shine.
Yang peliknya, people can go to their job place sharp 9:00 am walaupun hujan atau petir. But people cannot discipline themselves to continue business (their own business) ketika hujan atau petir. Pelik jugak kan.
Kita lebih takutkan boss kat tempat kerja kita, daripada kita percaya kepada bisnes kita. Kita yang nak bina empayar perniagaan kita sendiri. Sepatutnya kita lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.
If you have make a decision to start building your business with Score A i Teacher Entrepreneurship Programme, we are here to train you sampai pandai dan sampai dapat income 5 angka sebulan.





p/s: En Hasmi Hassan and his team conduct a special seminar on how to be successful in this business.Please click here to FREE register.

Thursday, October 27, 2011

SEMINAR UNTUK IBU BAPA PRIHATIN

Situasi anak-anak hari ini: SETIA dengan komputer, KOMITED dengan internet, TERPAUT dengan Facebook, TERPIKAT dengan Youtube, TAAT dengan games....


SEMINAR UNTUK IBU BAPA PRIHATIN bersama Coach Sha & Coach Ridz. Mengenali dunia siber anak-anak yang semakin canggih.
Tips bagaimana melindungi reputasi,privasi dan keselamatn diri anak-anak di alam siber.Cara untuk mendorong anak-anak untuk memperolehi kecemerlangan F.I.R.E.
Tempah kehadiran anda sekarang.Terhad kepada 70 keluarga terawal sahaja.Hanya RM50 sekeluarga.Hubungi 017 648 7080/ 019 6151 167. 
Maklumat program: AHAD/13 NOV/2PM - 5PM/WISMA EDATA.


Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SALAM AIDILFITRI KEPADA RAKAN-RAKAN NIAGA DAN PENGUNJUNG BLOG INI. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan dan masa-masa yang lalu diberkati. 
Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman..berhati-hati di jalan serta lebuh raya.Semoga selamat pulang dan kembali. 
Ambil peluang bercuti serta bertemu sanak saudara dan rakan-rakan untuk berkongsi cerita kehebatan Program Score A ini.Kalau boleh promote je blog ni...:)


Saturday, August 27, 2011

SEMINAR JIHAD BISNES BERSAMA TAN SRI ALI HASHIM DI EDATA NETWORK


Alhamdullilah, pada 26 April 2011 bertempat di Wisma Edata,Kota Damansara telah berlangsungnya SEMINAR JIHAD BISNES bersama TAN SRI ALI HASHIM.Rata-rata majoriti di antara kita mengenali beliau sebelum ini kerana beliau merupakan tokoh perniagaan Melayu yang telah menempa kejayaan besar mengemudi beberapa syarikat korporat sebelum ini seperti KFC Holding,JCorp Berhad dan Kulim Berhad.

Beliau yang sering memperjuangkan Business Jihad dalam aspek kehidupan beliau serta mengajak dan membantu umat Islam untuk bersama-sama dalam agenda tersebut.Kesempatan berkunjung serta menyampaikan seminar bersama usahawan-usahawan Edata Network merupakan satu peluang besar bagi keluarga Edata memperolehi ilmu yang amat bermanafaat.

Bagi pihak Edata ini merupakan usaha besar untuk memastikan setiap usahawan di dalam keluarga mereka memperolehi ilmu dan pencetus semangat untuk terus maju.Kepada anda di luar sana,sertai Edata Network kerana di sini akan diberi latihan serta ilmu untuk kita terus maju dalam perniagaan.Pilihan hanya terletak pada anda.

Bagi anda yang ingin mengenali lebih lanjut siapakah Tan Sri ali Hashim dan agenda Business Jihad beliau..bolehlah melayari  http://www.businessjihad.com .Gambar di bawah sekitar seminar tersebut.



 



Thursday, August 18, 2011

PROGRAM KEUSAHAWANAN MAHASISWA DI AKADEMI EDATA

Mahasiswa berminda JUTAWAN dikehendaki! Jika anda seorang MAHASISWA yang berjiwa berdikari,berhati baik untuk meringgankan beban kewangan ibubapa anda menghantar perbelanjaan bulanan atau anda seorang yang tidak suka meletakkan diri dengan HUTANG PTPTN kelak, ANDA antara pihak kami ingin bantu.Program Keusahawanan Score A i Teacher bersama Akademi Edata menawarkan peluang kepada mahasiswa bagaimana pendapatan sampingan yang lumayan tanpa perlu meninggalkan dewan kuliah serta mengganggu pembelajaran mahasiswa.Malah kami menganugerahkan anda MAHSISWA HEBAT mengikut terma dan syarat di Majlis Anugerah Angkasa Kejayaan syarikat kelak.




Para Mahasiswa yang hadir KURSUS SUW5 anjuran Akademi Edata baru-baru ini.


Perkongsian kejayaan Mahasiswa berminda Jutawan, Encik Aizuddin,Mahasiswa dari Universiti Teknologi Petronas,Tronoh,Perak


Temui IKON Mahasiswa Score A-i Teacher Encik Hanif untuk ketahui RAHSIA pendapatan beliau!
Apa kata beliau:

'Tiada apa yang mustahil untuk kita berjaya walaupun ketika masih belajar di pusat pengajian pada tahun akhir.Untuk berjaya dengan mudah,yang paling penting adalah ILMU,SISTEM dan juga MENTOR!Di Edata Network,kami telah sediakan semuanya.Apa yang perlu ada hanyalah KEINGINAN untuk BERUBAH!!!Saya telah buktikannya dengan mendapat RM35,000 hanya dalam 5 bulan.Syukur Alhamdullilah atas kurnian-Nya' - En Hanif Azmi



Nota Tambahan Mahasiswa:



KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajib memulakan pembayaran hutang tersebut selepas enam bulan mereka menamatkan pengajian.
Pegawai Perhubungan Awam PTPTN, Rina Rahman berkata, jika mereka tidak mampu membuat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan, rayuan penangguhan hendaklah dikemukakan kepada PTPTN.
Menurutnya, jika peminjam gagal berbuat demikian, PTPTN akan menghantar notis peringatan pertama disusuli yang kedua selepas sebulan notis peringatan pertama dikeluarkan.
''Penghantaran notis peringatan ketiga dilakukan selepas enam hingga 12 bulan notis peringatan kedua dikeluarkan. Seterusnya, panel peguam PTPTN akan menghantar notis tuntutan (LOD) dalam tempoh dua bulan selepas notis peringatan ketiga.
''Tindakan saman dalam tempoh tiga hingga 12 bulan selepas LOD dan penghakiman oleh mahkamah iaitu kos pentadbiran atas amaun tuntutan kebiasaannya ditetapkan oleh mahkamah tidak melebihi lapan peratus setahun,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan seorang pembaca dalam ruangan Forum akhbar ini pada 12 November lalu bahawa isterinya yang menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM21,000 disenaraihitamkan kerana tidak membayar pinjaman sejak tamat pengajian pada 2005.
Tambah Rina, oleh kerana maklumat yang kurang lengkap berkaitan kes itu, PTPTN mengandaikan kesemua proses penguatkuasaan telah diuruskan dan isteri pengadu telah dikenakan kos pentadbiran lapan peratus setahun.
''Mengikut prosedur tahun lepas, mereka yang terlibat dikehendaki membayar keseluruhan amaun tunggakan dengan kos pentadbiran sebanyak lapan peratus setahun,'' jelasnya.
Bagaimanapun menurutnya, mulai tahun ini PTPTN bersedia mengadakan rundingan bagi kes-kes seumpama itu dan peminjam yang mempunyai masalah dinasihatkan berkunjung ke pejabat PTPTN bagi mengadakan rundingan lanjut mengenai kaedah bayaran balik yang bersesuaian.


Para MAHASISWA di luar sana dialu-alukan menyertai kami untuk dibimbing secara PERSONAL dan PROFESIONAL untuk mencapai impian masing-masing.Lakukan langkah awal dengan membuat Pra Pendaftaran PERCUMA di banner di bawah:


Sunday, August 14, 2011

MAJLIS IFTAR BERSAMA RAKAN NIAGA EDATA NETWORK

Majlis Iftar @ Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Edata Network Sdn Bhd telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada setiap ahli.Majlis yang sudah memasuki edisi tahun kedua ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan di dalam kumpulan Edata sendiri.

Majlis yang bermula dengan MAJLIS BERBUKA PUASA,SOLAT BERJEMAAH,TAZKIRAH RINGKAS,SOLAT TERAWIH BERJEMAAH DAN DIAKHIRI DENGAN SESSI PREVIU PROGRAM SCORE A.

SEKITAR MAJLIS IFTAR





Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."


SEKITAR MALIS TAZKIRAH RINGKAS





SEKITAR SESSI PREVIU PROGRAM SCORE A



Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga Edata Network dengan membuat PRA PENDAFTARAN secara PERCUMA dengan klik banner di bawah:


Saturday, July 30, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN BERPUASA


Kali ini bulan Ramadhan tiba lagi!
Seperti biasa ramai umat Islam berpuasa...
Aku tidak pasti berapa ramaikah yang berpuasa kali ini...

Kadang-kadang aku terfikir...
Cuaca tidak menentu
Kadang-kadang panas dan kadang2 hujan
Kenderaan begitu sibuk di jalan raya kota
Manusia zaman ini begitu ligat bergerak ke sana ke sini
Masing-masing dengan usaha masing2 cuba mengejar kejayaan kehidupan....
Ada yang stress dan ada yang keletihan
Masih adakah yang sanggup berpuasa di bulan ramadhan ini..???
Masih adakah yang mahu membersih diri fikiran hati dan jiwanya dengan berpuasa di bulan Ramadhan..??

Entah..lah!
Aku pun tidak tahu...

Apa yang ku tahu ialah...
Bulan ramadhan sentiasa bakal tiba setiap tahun!
Selagi dunia belum kiamat!
Selagi kita masih bernyawa!

Rakan2 - jaga syahadah - jaga solat - jaga PUASA - jaga zakat - simpan duit pegi haji....
# Mungkin ini Ramadhan terakhir kita.....

Friday, July 29, 2011

SEKITAR PELANCARAN SCORE A i TEACHER OLEH PM DAN SCORE A MATH VICTORY OLEH TPM

Pelancaran dan Perasmian ScoreA i-Teacher & ScoreA MathVictory Peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 8 & 10 Julai 2011 bertempat di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Selangor.






Wednesday, July 27, 2011

SEMINAR LIKE UPSR,PMR,SPM


Siapa tidak resah menghadapi peperiksaan yang besar seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jika mereka yang bersedia pun risau, apatah lagi anda yang masih terkial-kial di saat-saat akhir. Keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR atau SPM bakal menentukan hala tuju anda di masa depan.
Tidak hairanlah ibu bapa bertungkus-lumus memastikan anak mereka mendapat keputusan cemerlang kerana ia tiket melangkah ke peringkat lebih tinggi selain menjadi kebanggaan keluarga.
Menyedari tuntutan itu, Akademi Edata bertanggungjawab dan bersedia membantu ibu bapa dan pelajar melalui rangsangan motivasi dan persiapan mental serta jati diri yang lebih ampuh melalui Seminar 'L.I.K.E.' (Log In: Kunci Excellence).
Seminar 'L.I.K.E.' mampu mentransformasi minda kelompok sasaran dengan melihat peperiksaan bukan sesuatu yang membebankan, tetapi maklum balas terhadap tahap kefahaman seseorang pelajar.

Golongan pelajar perlu dibimbing bagi mengatasi setiap kelemahan diri mereka. Seminar istimewa ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik seperti rangsangan motivasi, kemahiran menghadapi peperiksaan, pemikiran kreatif dan kritis dan pemerkasaan sahsiah diri.
Maklumat Seminar L.I.K.E.
Tarikh: Sabtu, 30 Julai 2011
Masa: 2:30pm - 5:00pm
Lokasi: Akademi Edata,
The Strand, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.

Bersama motivator hebat Coach Ridz dan Coach Sha - English Trainer, Penulis Buku Best Seller “FBI : Fasih Berbahasa Inggeris”, Personaliti Radio ikim.fm & Homeschooler.


Tempat amat terhad sila buat pendaftaran segera dan maklumat lanjut seminar sila hubungi urus setia di talian 019 6151 167 / 017 648 7080 Encik Hasmi.
Insya'Allah jumpa anda di sana!!!

Monday, July 25, 2011

MENILAI PROGRAM SCORE A i TEACHER LEBIH DARI SEKADAR SEBUAH PORTAL

Ketika ibubapa bimbangkan pencapaian akademik si anak,
Score A hadir bersama SOLUSInya,
Ketika dunia pendidikan dan teknologi bersatu rentak,
Score A muncul bersama SOLUSInya,
Ketika generasi internet ketagih akan dunia digital,
Score A datang bersama SOLUSInya,

Ketika anak muda mencari tingkatan perubahan hidup,
Score A melambai bersama SOLUSInya,
Ketika para kolar biru berentap pulas di zon keperitan kota,
Score A menemukan bersama SOLUSInya,
Ketika golongan profesional mencari kualiti hidup yang lebih bernilai,
Score A membebaskan bersama SOLUSInya.

Saksikan video-video kejayaan PROGRAM KEUSAHAWANAN SCORE A yang menganjak latar belakang dan pemikiran mereka.


Encik Badrul - Bekas Mat Rempit berpendapatan RM50,000 sebulan.


Encik Marzuki - bekas Pengawal Keselamatan Universiti Tempatan yang berpendapatan RM30,000 sebulan.


Puan Roslina - bekas pensyarah dan kaunselor sebuah Universiti yang menjadikan Score A Programme kareer sepenuh masa.

Akan dipaparkan lagi kejayaan usahawan-usahawan ePendidikan Score A yang berjaya melakar impian serta matlamat HEBAT mereka.
Dan kami yakin salah seorang mereka nanti ialah ANDA! Ayuh sertai kami HARI INI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...