Bismillaahi ar-Rahmaan ar-Raheem. Al-Hamdu lillaah, wa as-Salaatu wa as-Salaamu 'ala Rasoolillaah, wa ba'd.
Bismillaahi ar-Rahmaan ar-Raheem.
Al-Hamdu lillaah, wa as-Salaatu wa as-Salaamu 'ala Rasoolillaah, wa ba'd.

semoga hari ini lebih baik dari semalam..

seperti hadis oleh Manusia Agung, Rasulullah SAW,
Seseorang yang hari ini LEBIH BAIK dari hari semalam, ialah orang BERJAYA;
Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ialah orang yang SIA-SIA;
Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ialah orang yang CELAKA.
Mudah-mudahan kita semua dalam kalangan golongan yang pertama itu.

'Hendaklah ibubapa mendidik anak berlainan dengan cara mereka dididik sebab Allah melahirkan anak itu berlainan zaman daripada ibubapa'
- Saidina Umar Al-Khatab


'9/10 punca rezeki itu dari PERNIAGAAN'- Manusia Agung,Rasullullah S.A.W

Kami menawarkan PELUANG bagaimana TREND PENDIDIKAN terkini merupakan POTENSI PERNIAGAAN yang HEBAT!


SEKILAS LALU SCORE A - i TEACHER PROGRAMME



Segera sertai kami sebagai USAHAWAN e-PENDIDIKAN SCORE A PROGRAMME bersama Akademi Edata Network untuk PENGAMBILAN SESSI 2012 KINI DIBUKA untuk sesiapa yang mempunyai keinginan untuk BERUBAH!




PENAFIAN
. Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan syarikat penyedia produk atau laman web produk yang diiklankan samada web Kenshido (www.kenshido.com) atau laman web Score A (www.scorea.com) dan juga web rasmi Edata Network Sdn Bhd (http://www.myedatanetwork.com.my)



Thursday, December 8, 2011

SANTAPAN JUMAAT: KONTRAK HIDUP

Dalam kehidupan ini, kita sering mengadakan kontrak, bermain dengan kontrak, atau kadang-kadang kita nakal sehingga kita lari daripada kontrak kehidupan. Justeru, mungkin pelbagai tindakan dikenakan kepada kita kerana gagalnya kita mematuhi kontrak yang seharusnya dilaksanakan. 
Namun, sama ada kita sedar ataupun tidak, kita telah pun mengadakan satu kontrak yang lebih agung dengan Allah yang menciptakan kita sewaktu di alam roh dahulu. Kontrak yang dinamakan sebagai Kontrak Hidup ini mengikat janji kita, bukan sahaja untuk mengiktiraf Allah sebagai Tuhan, bahkan juga untuk mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Seringkali kita lupa dan lalai dengan perjanjian ini. Seringkali kita melanggar kontrak ini, lantas menjadikan kita hamba yang menzalimi diri sendiri. Berapa banyak janji kepada Allah yang telah kita ingkar? Berapa kerap janji yang telah kita langgar? Berapa sering kita abai dan remehkan janji ini?
Ya Allah, ampuni kami Ya Allah. Kami telah menzalimi diri kami selama ini. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dan tenggelam dengan dosa-dosa kami. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi hamba-hambaMu yang taat, yang benar-benar Engkau redhai. 
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebelum kontrak ini tamat tempohnya, berilah kepada kami kesempatan mengumpul bekalan secukupnya untuk dibawa apabila berhadapan denganMu di akhirat nanti. Dan dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, akhirilah kontrak kami ini dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin.







TUNGGU SAMBUNGANNYA NANTI ATAU ANDA BOLEHLAH MELAYARI YOUTUBE UNTUK MENONTON KESUDAHANNYA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...