Sunday, August 28, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SALAM AIDILFITRI KEPADA RAKAN-RAKAN NIAGA DAN PENGUNJUNG BLOG INI. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan dan masa-masa yang lalu diberkati.
Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman..berhati-hati di jalan serta lebuh raya.Semoga selamat pulang dan kembali.
Ambil peluang bercuti serta bertemu sanak saudara dan rakan-rakan untuk berkongsi cerita kehebatan Program Score A ini.Kalau boleh promote je blog ni...:)
Saturday, August 27, 2011
SEMINAR JIHAD BISNES BERSAMA TAN SRI ALI HASHIM DI EDATA NETWORK
Alhamdullilah, pada 26 April 2011 bertempat di Wisma Edata,Kota Damansara telah berlangsungnya SEMINAR JIHAD BISNES bersama TAN SRI ALI HASHIM.Rata-rata majoriti di antara kita mengenali beliau sebelum ini kerana beliau merupakan tokoh perniagaan Melayu yang telah menempa kejayaan besar mengemudi beberapa syarikat korporat sebelum ini seperti KFC Holding,JCorp Berhad dan Kulim Berhad.
Beliau yang sering memperjuangkan Business Jihad dalam aspek kehidupan beliau serta mengajak dan membantu umat Islam untuk bersama-sama dalam agenda tersebut.Kesempatan berkunjung serta menyampaikan seminar bersama usahawan-usahawan Edata Network merupakan satu peluang besar bagi keluarga Edata memperolehi ilmu yang amat bermanafaat.
Bagi pihak Edata ini merupakan usaha besar untuk memastikan setiap usahawan di dalam keluarga mereka memperolehi ilmu dan pencetus semangat untuk terus maju.Kepada anda di luar sana,sertai Edata Network kerana di sini akan diberi latihan serta ilmu untuk kita terus maju dalam perniagaan.Pilihan hanya terletak pada anda.
Bagi anda yang ingin mengenali lebih lanjut siapakah Tan Sri ali Hashim dan agenda Business Jihad beliau..bolehlah melayari http://www.businessjihad.com .Gambar di bawah sekitar seminar tersebut.
Thursday, August 18, 2011
PROGRAM KEUSAHAWANAN MAHASISWA DI AKADEMI EDATA
Mahasiswa berminda JUTAWAN dikehendaki! Jika anda seorang MAHASISWA yang berjiwa berdikari,berhati baik untuk meringgankan beban kewangan ibubapa anda menghantar perbelanjaan bulanan atau anda seorang yang tidak suka meletakkan diri dengan HUTANG PTPTN kelak, ANDA antara pihak kami ingin bantu.Program Keusahawanan Score A i Teacher bersama Akademi Edata menawarkan peluang kepada mahasiswa bagaimana pendapatan sampingan yang lumayan tanpa perlu meninggalkan dewan kuliah serta mengganggu pembelajaran mahasiswa.Malah kami menganugerahkan anda MAHSISWA HEBAT mengikut terma dan syarat di Majlis Anugerah Angkasa Kejayaan syarikat kelak.
Para Mahasiswa yang hadir KURSUS SUW5 anjuran Akademi Edata baru-baru ini.
Perkongsian kejayaan Mahasiswa berminda Jutawan, Encik Aizuddin,Mahasiswa dari Universiti Teknologi Petronas,Tronoh,Perak
Temui IKON Mahasiswa Score A-i Teacher Encik Hanif untuk ketahui RAHSIA pendapatan beliau!
Apa kata beliau:
'Tiada apa yang mustahil untuk kita berjaya walaupun ketika masih belajar di pusat pengajian pada tahun akhir.Untuk berjaya dengan mudah,yang paling penting adalah ILMU,SISTEM dan juga MENTOR!Di Edata Network,kami telah sediakan semuanya.Apa yang perlu ada hanyalah KEINGINAN untuk BERUBAH!!!Saya telah buktikannya dengan mendapat RM35,000 hanya dalam 5 bulan.Syukur Alhamdullilah atas kurnian-Nya' - En Hanif Azmi
Nota Tambahan Mahasiswa:
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajib memulakan pembayaran hutang tersebut selepas enam bulan mereka menamatkan pengajian.
Pegawai Perhubungan Awam PTPTN, Rina Rahman berkata, jika mereka tidak mampu membuat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan, rayuan penangguhan hendaklah dikemukakan kepada PTPTN.
Menurutnya, jika peminjam gagal berbuat demikian, PTPTN akan menghantar notis peringatan pertama disusuli yang kedua selepas sebulan notis peringatan pertama dikeluarkan.
''Penghantaran notis peringatan ketiga dilakukan selepas enam hingga 12 bulan notis peringatan kedua dikeluarkan. Seterusnya, panel peguam PTPTN akan menghantar notis tuntutan (LOD) dalam tempoh dua bulan selepas notis peringatan ketiga.
''Tindakan saman dalam tempoh tiga hingga 12 bulan selepas LOD dan penghakiman oleh mahkamah iaitu kos pentadbiran atas amaun tuntutan kebiasaannya ditetapkan oleh mahkamah tidak melebihi lapan peratus setahun,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan seorang pembaca dalam ruangan Forum akhbar ini pada 12 November lalu bahawa isterinya yang menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM21,000 disenaraihitamkan kerana tidak membayar pinjaman sejak tamat pengajian pada 2005.
Tambah Rina, oleh kerana maklumat yang kurang lengkap berkaitan kes itu, PTPTN mengandaikan kesemua proses penguatkuasaan telah diuruskan dan isteri pengadu telah dikenakan kos pentadbiran lapan peratus setahun.
''Mengikut prosedur tahun lepas, mereka yang terlibat dikehendaki membayar keseluruhan amaun tunggakan dengan kos pentadbiran sebanyak lapan peratus setahun,'' jelasnya.
Bagaimanapun menurutnya, mulai tahun ini PTPTN bersedia mengadakan rundingan bagi kes-kes seumpama itu dan peminjam yang mempunyai masalah dinasihatkan berkunjung ke pejabat PTPTN bagi mengadakan rundingan lanjut mengenai kaedah bayaran balik yang bersesuaian.
Para MAHASISWA di luar sana dialu-alukan menyertai kami untuk dibimbing secara PERSONAL dan PROFESIONAL untuk mencapai impian masing-masing.Lakukan langkah awal dengan membuat Pra Pendaftaran PERCUMA di banner di bawah:
Para MAHASISWA di luar sana dialu-alukan menyertai kami untuk dibimbing secara PERSONAL dan PROFESIONAL untuk mencapai impian masing-masing.Lakukan langkah awal dengan membuat Pra Pendaftaran PERCUMA di banner di bawah:
Sunday, August 14, 2011
MAJLIS IFTAR BERSAMA RAKAN NIAGA EDATA NETWORK
Majlis Iftar @ Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Edata Network Sdn Bhd telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada setiap ahli.Majlis yang sudah memasuki edisi tahun kedua ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan di dalam kumpulan Edata sendiri.
Majlis yang bermula dengan MAJLIS BERBUKA PUASA,SOLAT BERJEMAAH,TAZKIRAH RINGKAS,SOLAT TERAWIH BERJEMAAH DAN DIAKHIRI DENGAN SESSI PREVIU PROGRAM SCORE A.
SEKITAR MAJLIS IFTAR
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."
SEKITAR MALIS TAZKIRAH RINGKAS
SEKITAR SESSI PREVIU PROGRAM SCORE A
Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga Edata Network dengan membuat PRA PENDAFTARAN secara PERCUMA dengan klik banner di bawah:
Subscribe to:
Posts (Atom)